Kiri: YBhg Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi, Pensyarah Kanan UiTM, YBhg Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi VTAREC dan YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Koordinator VTAREC
KUALA LUMPUR, 12 Disember 2025: Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan FB Live 30 minit secara dalam talian bagi membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya, khususnya kepentingan pemilikan lesen memandu yang sah, cukai jalan yang berkuat kuasa serta perlindungan insurans kepada penunggang motosikal, termasuk golongan belia. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan VTAREC dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.
Sesi Facebook Live yang berdurasi selama 30 minit ini telah mengangkat tema “Kepentingan Memiliki Lesen, Cukai Jalan dan Perlindungan Insurans kepada Penunggang Motosikal termasuk Belia”. Melalui sesi ini, para panel telah berkongsi maklumat dan pandangan mengenai implikasi undang-undang serta risiko keselamatan dan kewangan yang mungkin dihadapi oleh penunggang motosikal sekiranya gagal mematuhi keperluan asas tersebut.
Poster FB Live 30 Minit Bersama VTAREC bertajuk Kepentingan Memiliki Lesen, Cukai Jalan dan Insurans kepada Penunggang Motosikal termasuk Belia
Program VTAREC FB Live 30 minit ini telah dihoskan oleh pihak Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) dan dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Facebook bagi membincangkan isu keselamatan jalan raya, khususnya berkaitan kepentingan pemilikan lesen memandu yang sah, cukai jalan yang berkuat kuasa serta perlindungan insurans kepada penunggang motosikal, termasuk golongan belia. Selain itu, sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya serta implikasi undang-undang dan risiko yang boleh timbul sekiranya keperluan asas ini tidak dipatuhi.
Barisan ahli panel terdiri daripada pakar yang berpengalaman dalam membincangkan isu risiko dan langkah-langkah pengurangan kemalangan jalan raya. Panelis pertama ialah YBhg Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi VTAREC, yang menekankan peranan VTAREC dalam memperkukuh kesedaran mengenai pematuhan lesen, cukai jalan dan insurans sebagai elemen penting keselamatan jalan raya. Panelis kedua ialah YBhg Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang menghuraikan aspek risiko kemalangan serta kepentingan perlindungan insurans dari sudut keselamatan dan kewangan. Moderator ialah YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Koordinator VTAREC, yang berkongsi pengalaman dan inisiatif VTAREC dalam mendidik masyarakat, khususnya belia, agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan jalan raya.
YBhg Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi VTAREC menjawab pertanyaan dari Moderator, YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Koordinator VTAREC
YBhg Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi VTAREC, mengulas mengenai isu penunggang motosikal yang tidak memiliki lesen, cukai jalan atau perlindungan insurans, yang masih berlaku walaupun undang-undang telah jelas. Beliau menekankan bahawa kekurangan latihan formal dan lesen meningkatkan risiko kemalangan serta membahayakan keselamatan penunggang sendiri dan pengguna jalan raya lain. Selain itu, ketiadaan perlindungan insurans boleh menimbulkan beban kewangan yang besar sekiranya berlaku kemalangan kerana semua kos rawatan dan kerosakan perlu ditanggung sendiri.
Dalam usaha menangani masalah ini, YBhg Datuk Lokman mencadangkan perlunya pendekatan bersepadu yang merangkumi pendidikan dan kesedaran orang ramai, serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta untuk melaksanakan strategi nasional yang efektif bagi memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan jalan raya dan dilindungi insurans dengan sewajarnya.
YBhg Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi, Pensyarah Kanan UiTM menjawab pertanyaan dari moderator, YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Koordinator VTAREC
YBhg Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor utama yang mendorong sesetengah individu, termasuk pelajar, menunggang motosikal tanpa lesen, cukai jalan dan perlindungan insurans. Antaranya ialah kurangnya kesedaran mengenai risiko keselamatan dan kewangan, serta pengaruh budaya “ikut-ikut” di kalangan rakan sebaya. Faktor ini menyebabkan golongan muda kadang-kala menganggap perkara tersebut biasa dan kurang serius.
Beliau menekankan bahawa perubahan mindset memerlukan pendidikan berterusan dan pendedahan awal kepada kepentingan keselamatan jalan raya. Program komuniti, sesi ceramah di sekolah dan universiti, serta inisiatif pendidikan interaktif yang menekankan pengalaman sebenar dan implikasi undang-undang terbukti berkesan dalam membentuk tingkah laku positif. Melalui pendekatan ini, pelajar dapat memahami risiko sebenar, memupuk kesedaran bertanggungjawab dan mengamalkan pematuhan terhadap peraturan jalan raya secara konsisten.
Kiri: Puan Izzah Mohammad, bersama Puan Aisha Fahmy, Puan Farrah Jasmin Jamil, Encik Wan Ahmad LutfilHadi Wan Nasri, Encik Muhammad Amirun Mohd Shamsuri, Puan Adilah Akhir, Encik Muhammad Hafiz Farhan Roni, YBhg Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi, Pensyarah Kanan UiTM, YBhg Datuk Lokman Jamaan, Pegerusi VTAREC dan YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Koordinator VTAREC
YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Koordinator VTAREC diiringi Puan Farrah Jasmin Jamil, Eksekutif menyampaikan cenderahati kepada YBhg Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi VTAREC
YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Koordinator VTAREC diiringi Puan Farrah Jasmin Jamil, Eksekutif VTAREC, menyampaikan cenderahati kepada YBhg Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi, Pensyarah Kanan UiTM

