L15-11, Menara Sentral Vista 150, Jalan Sultan Abdul Samad 50470 Kuala Lumpur
+603-5613 6900 info@vtarec.my

VTAREC Anjurkan VTAREC Lab/Bengkel Sebagai Inisiatif Menurunkan Kemalangan Jalan Raya Berkaitan “Human Error” Dengan Kerjasama Akademi Pengangkutan Jalan Negeri Johor

Hadapan: (Keempat Kiri) YBhg Dr Azmi Awang, Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, (Ketiga Kiri) YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia, (Kedua Kiri) YBrs Tuan Ir Mansur Mohamad, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, (Ketiga Kanan) YBhg Prof Madya Dr Munzilah Md Rohani, Penyelidik Utama Smart Research Center, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan (Keempat Kanan) YBrs Tuan Ahmad Said Man, Komandan Akademi Pengangkutan Jalan Negeri Johor di program tersebut.

 JOHOR BHARU, 23 Januari 2025:  Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) menganjurkan Lab-Zon Selatan yang memberi fokus kepada Kemalangan Jalan Raya berkaitan Kesilapan Manusia “Human Error”.

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor.

Ucapan aluan oleh YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC), di Lab/Bengkel Zon Selatan – Kemalangan Jalan Raya akibat “Human Error”.

Ucapan perasmian oleh YBhg Dr Azmi Awang, Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia di Lab Zon Selatan – Kemalangan Jalan Raya akibat “Human Error”.

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) mengalu-alukan kehadiran seramai 72 orang sewaktu ucapan selamat datang yang disampaikan oleh beliau. Lab ini telah menghimpunkan wakil-wakil daripada agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan pengguna jalan raya untuk bergabung idea serta pengalaman bagi menjayakan inisiatif murni ini. Lab yang dianjurkan pada kali ini turut menampilkan pakar-pakar daripada pelbagai pihak penguatkuasaan.

Seterusnya, YBrs Dr Azmi Awang, Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia telah turut dijemput bagi merasmikan Lab – Zon Selatan bertempat di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Johor Bahru dengan kerjasama Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia. Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh berkenaan dengan keperluan untuk semua pihak untuk bersama-sama berusaha menurunkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya sebagaimana yang disarankan oleh United Nations terhadap Malaysia.

Pembentangan Statistik Lab/Bengkel oleh Encik Aniq Denial Fauzi, Eksekutif Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC).

Pembentangan oleh YDH ASP Tuan Saufi Hairi Pornomo, Pegawai Turus Kepolisan AM Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Pembentangan oleh YBrs Tuan Vyliengaleas Valerian, Unit Keselamatan Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

Sesi Lab/Bengkel Kemalangan Jalan Raya berkaitan “Human Error”.

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid berkata, lab kali ini bermula dengan di Zon Selatan dan 5 lagi lab bakal diadakan iaitu di Zon Tengah, Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Objektif lab ini adalah bagi memberi kesedaran mengenai seriusnya jumlah kemalangan jalan raya dengan rekod catatan yang tinggi dan kemalangan maut, yang mana pada tahun 2024 dalam lingkungan 740,000 kemalangan jalan raya telah direkod, daripada jumlah itu lebih 6,000 melibatkan kemalangan maut.

Pembentangan dapatan Kumpulan Motorkar oleh YBhg Prof Madya Dr Munzilah Md Rohani, Penyelidik Utama Smart Research Center, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pembentangan dapatan Kumpulan Motorsikal oleh YDH ASP Tuan Saufi Hairi Pornomo, Pegawai Turus Kepolisan AM Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Pembentangan dapatan Kumpulan Kenderaan Komersial oleh Encik Muhammad Al Nazirul Nordin, Pegawai Yinson Transport.

Penganjuran lab kemalangan jalan raya ini memberi fokus berkaitan 8 jenis kesilapan manusia “human error” dan mencari “gap” yang mengakibatkan kemalangan jalan raya, dan seterusnya mencetuskan solusi strategik dalam inisiatif menurunkan kemalangan jalan raya, katanya hari ini. VTAREC melihat bahawa sekiranya tiada kemalangan jalan raya, maka kemalangan maut dapat dielak. Kira-kira 80% punca kemalangan jalan raya di Malaysia berlaku berpunca dari kesilapan manusia ‘human error’ seperti:

  1. Membuta laju
  2. Gangguan menggunakan telefon bimbit
  3. Melanggar lampu merah
  4. Memandu secara agresif
  5. Keletihan
  6. Gangguan mendengar radio terlalu kuat
  7. Memandu di bawah pengaruh alkohol/dadah
  8. Tidak peduli untuk menyelenggara kenderaan

Ucapan Penggulungan dan re-cap oleh YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) di Lab Zon Selatan – Kemalangan Jalan Raya akibat oleh “Human Error”.

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) diiringi Encik Aniq Denial Fauzi, Eksekutif Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) menyampaikan Hadiah kepada YBhg Prof Madya Dr Munzilah Md Rohani, Penyelidik Utama Smart Driving Center, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai Ketua Kumpulan dan YBrs Tuan Ir Khairul Azman Saleh, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor sebagai Peserta Paling Aktif daripada Kumpulan Motorkar.

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) diiringi Encik Aniq Denial Fauzi, Eksekutif Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) menyampaikan Hadiah kepada YDH ASP Tuan Saufi Hairi Pornomo, Pegawai Turus Kepolisan AM Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sebagai Ketua Kumpulan dan Peserta Paling Aktif daripada Kumpulan Motorsikal.

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) diiringi Encik Aniq Denial Fauzi, Eksekutif Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) menyampaikan Hadiah kepada Encik Muhammad Al Nazirul Nordin, Pegawai Yinson Transport sebagai Ketua Kumpulan dan Mr Shawn Tiu Backsiang sebagai Peserta Paling Aktif daripada Kumpulan Kenderaan Komersial.