Peserta-peserta dari pelbagai agensi penguatkuasaan serta agensi bukan kerajaan telah menyertai Seminar Kecurian Kenderaan dan Berkaitan Kemalangan Jalan Raya yang diadakan di Sheraton Kuching Hotel.
KUCHING, 7 Oktober 2024: Satu seminar bagi membincangkan isu kecurian kenderaan, penyeludupan kenderaan, kecurian alat ganti kenderaan dan kemalangan jalan raya telah dianjurkan oleh pihak Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) bersama agensi-agensi kerajaan dari Kuching, Sarawak. Pelbagai agensi kerajaan serta bukan kerajaan telah hadir ke seminar kecurian kenderaan ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, PUSPAKOM Sdn. Bhd. dan Pertubuhan Insurans Sarawak.
Puan Marlyana Mansur sebagai pengacara majlis Seminar Kecurian Kenderaan Berkaitan Kemalangan Jalan Raya di Sheraton Kuching Hotel.
Encik Farid Akmal Johan memimpin bacaan doa sebelum Seminar Kecurian Kenderaan Berkaitan Kemalangan Jalan Raya di Sheraton Kuching Hotel bermula.
YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta seminar.
Seminar separuh hari ini telah berlangsung di Sheraton Kuching Hotel di Kuching, Sarawak sejurus selesainya Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan VTAREC yang berlangsung pada 5 dan 6 Oktober 2024 bertempat di AEON Mall Kuching Central, Kuching, Sarawak.
Peserta seminar berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan lagu Negeri Sarawak ‘Ibu Pertiwiku’.
Seminar bersama agensi penguatkuasaan di Sarawak ini dianjurkan dengan matlamat untuk berkongsi idea dan meluaskan pengetahuan melalui sesi perkongsian yang merangkumi maklumat semasa berkenaan kecurian kenderaan termasuk penyeludupan kenderaan curi ke negara jiran serta faktor kecuaian manusia yang boleh menyebabkan risiko kemalangan jalan raya yang serius. Penceramah dari setiap agensi kerajaan di Sarawak diminta untuk menyampaikan pembentangan dan berkongsi pengetahuan dan maklumat daripada agensi mereka di seminar tersebut. Penceramah-penceramah tersebut ialah:
- YBhg Dato’ Ooi Win Juat, Ketua Pemasaran dan Khidmat Nasihat, PUSPAKOM Sdn Bhd
- YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC)
- YDH ASP Tuan Franklyn Andy Anak Kemping, ASP Siasatan/Perundangan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- YDH Tuan ASP Tuan Rizuan Makladin, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak
- YDH Insp Tuan Nicodemus Anak Branking, Inspektor Jenayah Harta Benda, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- YBrs Tuan Andy Edmund Kasa, Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak
YDH Inspektor Tuan Nicodemus Anak Branking, Inspektor Jenayah Harta Benda, dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak menyampaikan pembentangan berkenaan kejadian kecurian kenderaan di Sarawak.
Peserta memberi tumpuan kepada pembentangan yang disampaikan oleh YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia.
YBrs Tuan Andy Edmund Kasa, Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, menyampaikan pembentangan.
YDH ASP Tuan Franklyn Andi Anak Kemping, ASP Siasatan/Perundangan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyampaikan pembentangan berkenaan situasi dan statistik kemalangan jalan raya yang berlaku di Negeri Sarawak.
YBhg Dato’ Ooi Win Juat, Ketua Pemasaran dan Khidmat Nasihat, PUSPAKOM Sdn Bhd menyampaikan pembentangan kepentingan menjaga kesihatan kenderaan bagi mengelakkan risiko kemalangan yang serius sekaligus membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
YDH Tuan ASP Tuan Rizuan Makladin, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menyampaikan kesiapsiagaan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak bagi mengatasi penyeludupan kenderaan dari Malaysia ke negara jiran secara haram.
Para peserta menggunakan peluang untuk bertanya soalan yang berkaitan dengan topik yang dibentangkan oleh penceramah-penceramah bagi tujuan meluaskan pemahaman mereka berkenaan isu-isu tertentu di sepanjang seminar. Para peserta juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai cenderahati yang disediakan oleh pihak VTAREC dengan menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh setiap penceramah.
Peserta memberikan sepenuh perhatian ketika sesi pembentangan sedang berlangsung bagi memperoleh maklumat dan pengetahuan dalam isu kecurian kenderaan.
Peserta bertanyakan soalan ketika sesi soal jawab bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas berkenaan isu kecurian kenderaan.
Puan Marlyana Mansur, Pegawai Eksekutif, Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia menyampaikan hadiah kepada YDH DSP Tuan Ismuni Umar, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak ketika sesi soal jawab berlangsung.
YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia menyampaikan plak penghargaan kepada YBhg Dato’ Ooi Win Juat.
YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid menyampaikan plak penghargaan kepada YDH Tuan ASP Tuan Rizuan Makladin.
YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid menyerahkan plak penghargaan kepada YDH ASP Tuan Franklyn Andi Anak Kemping, ASPSiasatan/Perundangan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
YBrs Puan Mas Tina menyerahkan plak penghargaan kepada YDH Inspektor Tuan Nicodemus Anak Branking, Inspektor Jenayah Harta Benda, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid meyerahkan plak penghargaan kepada YBrs Tuan Andy Edmund Kasa, Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak.
YBhg Dato’ Ooi Win Juat (tiga dari kiri), bergambar bersama-sama YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator, Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (empat dari kanan), YBrs Tuan Andy Edmund Kasa, Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak (dua dari kanan), YDH ASP Tuan Franklyn Andy Anak Kemping, ASP Siasatan/Perundangan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching (tiga dari kanan), YDH Inspektor Nicodemus Anak Branking, Inspektor Jenayah Harta Benda, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak (empat dari kiri), Puan Marlyana Mansur, Eksekutif (dua dari kiri), Encik Aniq Denial Fauzi, Eksekutif (kanan) dan Encik Farid Akmal Johan, Eksekutif (kir

